Sunday, 4 March 2012

keluar date,siape yang patut decide??

0 org pengomen yg super duper cute!!
  • Pernah tak dalam situasi ketika korang date dengan si dia,korang tak tau nak pi makan mana? Dan bila si dia tanya nak makan dekat mana,anda tanya balik si dia nak makan dekat mana. Korang blur,dia blur,perut pun lagi laa blur.kan? hahaha!
  • Pernah tak ketika korang dalam kereta nak keluar date anda tidak tau nak pergi mana.Si dia tanya kepada anda,anda geleng kepala laju2 tanda tidak tau.! haha penah??
  • Pernah tak ketika keluar date nak pi menonton wayang anda bertanya kepada si dia nak tengok cerita ape ehh? kemudian korang dah decide cerita ape nak tengok,kemudian tukar pada saat akhir.dan decide balik kat kaunter pembelian tiket tuu..t0ing3!!
aku percaya korang mesti penah enn mengalami situasi serumit begini -..- chill la beb gua pun same! ngeh3..
so jawapannya siapa yang harus decide keputusan2 macam ni??

Ini jawapannya...

Pada pendapat aku la.yang patut membuat keputusan dalam situasi begini ialah LELAKI.yupp,lelaki yang patut membuat keputusan.
tetapi..apabila korang wat keputusan korang kena lah siap2 diri seperti perkara berikut.

  1. Pastikan keputusan yang korang wat tu tidak memaksa pasangan anda  ^^,
  2. Jangan lah emosi kalau pasangan korang tu menolak/tidak setuju dengan keputusan korang tuu.*senyum je la*
  3. Bersabar,kerana sifat 'gegurl' memang begitu. Suruh buat keputusan tak nak tapi bila dah buat die reject  +_+'
Jika keputusan yang anda buat tu diterima just go on your date.
Jika ditolak pepandai la korang cari kata sepakat atau jalan alternatif lain ehh.
Kepada perempuan bertolak ansur laa sket,pasangan anda da plan macam2,alih2 korang tolak.mauu tak hangin kan?

renung-renungkan la yee..

p/s: mr.R,, true story right?? haha ~_+




TERIMA KASIH AWAK AWAK SUDI BACA :')

Monday, 27 February 2012

saya harap saya lah tulang rusuk awak tuu~

0 org pengomen yg super duper cute!!


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak
cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.

*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan
*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?? *





TERIMA KASIH AWAK AWAK SUDI BACA :')

Sunday, 12 February 2012

Maaf..hati kecil aku terasa!

0 org pengomen yg super duper cute!!



Salam.
Lama x update blog.
Sebab >>> malas!
takde ape yg nk di share.
hmmm
tapi baru-baru ni..
aku terasa,rasai,rasakan!
pening? dengan 3 patah perkataan ini?
tapi ini la yg aku rasa.
tak paham?
ok
aku terasa dengan kata2 seseorg hamba Allah itu.*aku pon x tau knape aritu aku emo sgt*
kata2 tu aku rasai smpai ke saat ini.
kata2 tu memang aku rasakan.!
masih x paham? *sila abaikan*

Aku sedar aku org luar, bukan mcm korang2 yang berasal dari sini.
Aku tau kadang-kadang aku terpaksa menyusahkan korang disebabkan di atas kekurangan dri aku.
tapi aku bukannya robot.aku juga ade hati yg boleh rse sedih,kecewa,marah dan gembira.
maybe aku ni yang terlebih sensitif.mungkin juga.
aku juga hanya insan biasa yang tak lari dari buat kesalahan.
mungkin dia tak bermaksud nak berkata begitu.
kan?
wahai hati jangan la kau terasa.
sesungguhnya aku tidak suka akan itu!
yang aku mahukan kehidupan yang penuh harmoni dan bahagia :)


p/s: ini adalah blog peribadi yang ingin aku share dengan kawan2 aku. Sesiapa yang tidak suka please leave off my pages.tqvm :)


TERIMA KASIH AWAK AWAK SUDI BACA :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♛ syazura aiza ♛ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template