Wednesday 24 October 2012

Blog berwajah baru.hee~

2 org pengomen yg super duper cute!!


ehemm~
blog berwajah baru laa
suka sangat sangat yeppi *dancing*
walaupun tak seindah blog blog korang yang pro tu
ok la kan just nice je theme blog aku kali ni.soft jer.auwww~

Credit harus diberikan kepada kakak ku Hass Hussin sebab kerana die la blog aku jadi macam ni.
so sweet u kakak.
nanti  dapat allowances kite belanja ye. InsyaAllah~

Kepada korang peminat novel-novel cinta cintun bolah pergi kat blog kakak ku ini kat  SINI
Beliau sekarang bergiat aktif dalam penulisan novel online.
InsyaAllah bakal menjadi novelis terkenal suatu hari nanti :)




TERIMA KASIH AWAK AWAK SUDI BACA :')

Thursday 18 October 2012

habbatus sauda-rahsie kecergasan saye!!

2 org pengomen yg super duper cute!!

Salam.
Selamat tengahari warga warga blog semua.!
sekarang lunch hour sempat lagi update blog.huu Disebabkan ramai kawan2 opis tempat praktikal aku hairan bila melihat aku tetiba bawak botol air 1 liter.Selalunya botol air minuman kecil 100 plus je aku bawak itu pun tak habes aku minum inikan pulak 1 liter air. memang pelik la dorang. dorang tanye aku bawak air ape.warne nampak perang je.air teo ke? hari hari minum teo je kau tak takut kena kencing manis ke? haha.
OK OK bukan la.
aku minum kordial air Habbatus sauda la bukan teo =,=' aku mengaku aku tidak suka minum air putih,nak minum sampai pakse pakse tekak ni. Dan ini membuatkan mama aku pening memikirkan tabiat buruk aku ni. Jadi,die pun contact member die dan mensyorkan beli rozas kordial habbatus sauda.elok katenya untuk kesihatan.betul ke?

Setelah aku search kat encik Google memang betul banyak manfaatnya. Kajian perubatan mengenai Habbatus Sauda ialah seperti :


  • MEMBERI TENAGA - keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk
  • MENINGKATKAN IMUNISASI – mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit
  • ANTI INFLAMASI – mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma(radang paru-paru), sakit kuliteczema (radang kulit) danarthritis (bengkak sendi)
  • SALURAN PERNAFASAN – melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi),
  • ANTI HISTAMIN – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma
  • ANTI BAKTERIA – mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil
  • PENYAKIT WANITA – membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan
  • SALURAN PERKUMUHAN – merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan
  • ANTI PARASIT - membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)
  • MENINGKATKAN DAYA INGATAN – mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan
  • MERAWAT TENAGA BATIN – impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)
  • MENGECUTKAN KETUMBUHAN (ANTI –TUMOR)sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.
  • MENGAWAL KOLESTROL DAN KADAR GULA


Bagi mengukuhkan lagi  kajian perubatan ini ,Nabi Muhammad SAW juga berkata dalam Hadisnya:
"Tetap lah kamu dengan Al-Habbatus Sauda, kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam (mati).."
Hadis Riwayat Al-bukhari

jadi sudah terbukti la kan? :)
Tiada ragu,tiada was was.waaa *promote* aku bukan dealer okay!



okay aku just nak tunjuk botol baru tuu ^^
oke oke gaye dah macam iklan botol susu ^^



waaaaa segarnye.oke sambung keje balik! :D

Done for today.Happy happy working uoollss ;D








TERIMA KASIH AWAK AWAK SUDI BACA :')

Tuesday 9 October 2012

apabila ujian menimpa nak buat ape??!

0 org pengomen yg super duper cute!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan kawan sekalian! 

Dalam kita menyusuri sepanjang liku hidup ini pasti banyak suka dan duka kita lalui.Pasti ada masa kita jatuh tersungkur disebabkan silap percaturan.

kawan-kawan..
bumi yang mana tidak ditimpa hujan dan lautan mana tidak dilanda taufan. Setiap insan pasti di uji dengan pelbagai ujian.

Waktu diuji kita selalunya bersedih,kadang kala menangis sendirian kerana begitu beratnya ujian.Dunia terasa sempit dihimpit perasaan dan kita mula hilang pertimbangan.

Malah ada juga yang berkali-kali menyalahkan diri sendiri hingga memperosokkan diri sendiri di dalam keadaan yang penuh kecewa. Ada juga antara kita merintih dan memarahi takdir illahi kerana dirinya terpilih untuk diuji sedemikian rupa.

Bukankah kita ni terlalu mengikutkan perasaan?
Hakikatnya,ujian itu mematangkan kita melalui pengalaman yang mengajar susur galur kehidupan.

Ingat la,
Allah SWT maha pengasih lagi maha penyayang,Allah SWT tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. See, Allah dah tau dah kita mampu.sebab tu Dia bagi kita rase.Oleh itu bangkit la jangan putus asa!

Ni ade tips bila ujian datang ape patut buat:

  • Redha dan bersabarlah.Orang yang bersabar kental jiwanya
  • Ambil waktu seketika untuk bertenang,kerana jiwa yang tenang menjernihkan pemikiran.
  • Keringkan air matamu,rawat la luka hatimu,ubatilah sakitmu kerana menghadapi ujian memerlukan kekuatan rohani dan jasmani.
  • Carilah teman pendamping yang mampu menyokong dan membakar semangat kita.
  • Ikhlas kan ape yang berlaku.maksud ikhlas tidak mengharapkan ape ape balasan.
  • Bertaubatlah kepada Allah SWT,kita insan lemah tidak pernah sunyi dari melakukan dosa.
  • Dekatkan diri kepada Allah,berserah dan mohon la petunjuk mungkin ape yang terjadi adalah yang terbaik untuk kita kan.
  • Last sekali,feberet nih! bukak lagu KOSONG dari najwa latiff.part "kini aku bangkit membuktikan yang ku tak sakit" nyanyi sekuat hati.anda akan rase legaa gilaaa.cube la.

Act, ini adalah peringatan untuk diri sendiri dan korang korang semua.bersabar la ye.aku tau ape yang mungkin korang rase.

utk awak ambek ni, ade ayat hikmat:

When you start to miss me,just remember, I didn't leave,you let me go...and you lost something great,forever.




Salam hormat.salam ketabahan semua.peace no war :D











TERIMA KASIH AWAK AWAK SUDI BACA :')

Friday 5 October 2012

andai itu takdirnya......

0 org pengomen yg super duper cute!!
awak,
andai ini takdirnya kita jadi begini
saya redha,
dan..
jika mampu untuk saya kembali mengulangi masa pasti saya
akan tunaikan permintaan awak yg terakhir.
tetapi,,
mane bole kan.tak mungkin kita dapat kembali macam dulu.
sebagai hamba Allah saya terpaksa akur pada segala yang tersurat.
pergi la awak.jika itu kehendak awak dan jika ianya boleh membahagiakan awak
biar la saya tetap di sini.
mengumpul balik semangat yang hilang.








TERIMA KASIH AWAK AWAK SUDI BACA :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♛ syazura aiza ♛ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template