Tuesday 9 October 2012

apabila ujian menimpa nak buat ape??!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan kawan sekalian! 

Dalam kita menyusuri sepanjang liku hidup ini pasti banyak suka dan duka kita lalui.Pasti ada masa kita jatuh tersungkur disebabkan silap percaturan.

kawan-kawan..
bumi yang mana tidak ditimpa hujan dan lautan mana tidak dilanda taufan. Setiap insan pasti di uji dengan pelbagai ujian.

Waktu diuji kita selalunya bersedih,kadang kala menangis sendirian kerana begitu beratnya ujian.Dunia terasa sempit dihimpit perasaan dan kita mula hilang pertimbangan.

Malah ada juga yang berkali-kali menyalahkan diri sendiri hingga memperosokkan diri sendiri di dalam keadaan yang penuh kecewa. Ada juga antara kita merintih dan memarahi takdir illahi kerana dirinya terpilih untuk diuji sedemikian rupa.

Bukankah kita ni terlalu mengikutkan perasaan?
Hakikatnya,ujian itu mematangkan kita melalui pengalaman yang mengajar susur galur kehidupan.

Ingat la,
Allah SWT maha pengasih lagi maha penyayang,Allah SWT tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. See, Allah dah tau dah kita mampu.sebab tu Dia bagi kita rase.Oleh itu bangkit la jangan putus asa!

Ni ade tips bila ujian datang ape patut buat:

  • Redha dan bersabarlah.Orang yang bersabar kental jiwanya
  • Ambil waktu seketika untuk bertenang,kerana jiwa yang tenang menjernihkan pemikiran.
  • Keringkan air matamu,rawat la luka hatimu,ubatilah sakitmu kerana menghadapi ujian memerlukan kekuatan rohani dan jasmani.
  • Carilah teman pendamping yang mampu menyokong dan membakar semangat kita.
  • Ikhlas kan ape yang berlaku.maksud ikhlas tidak mengharapkan ape ape balasan.
  • Bertaubatlah kepada Allah SWT,kita insan lemah tidak pernah sunyi dari melakukan dosa.
  • Dekatkan diri kepada Allah,berserah dan mohon la petunjuk mungkin ape yang terjadi adalah yang terbaik untuk kita kan.
  • Last sekali,feberet nih! bukak lagu KOSONG dari najwa latiff.part "kini aku bangkit membuktikan yang ku tak sakit" nyanyi sekuat hati.anda akan rase legaa gilaaa.cube la.

Act, ini adalah peringatan untuk diri sendiri dan korang korang semua.bersabar la ye.aku tau ape yang mungkin korang rase.

utk awak ambek ni, ade ayat hikmat:

When you start to miss me,just remember, I didn't leave,you let me go...and you lost something great,forever.




Salam hormat.salam ketabahan semua.peace no war :D











TERIMA KASIH AWAK AWAK SUDI BACA :')

0 org pengomen yg super duper cute!!:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♛ syazura aiza ♛ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template